RADIANCE SIGNATURE TIRUAN ???



Salam korang!
Sekarang ni kecoh terlalu ramai customers Radiance Signature yang inbox, email dan text I bertanya;
“Sis betul ke Radiance Signature dah ada yang palsu?”
Bukan pada I sorang je, ramai lagi stokis dan agen-agen Radiance mendapat informations mengenai Radiance Signature yang palsu ni. Bukan apa, Radiance Signature ni walaupun mendapat permintaan yang sangat tinggi sekarang tetapi collagen ni masih agak baru di pasaran. Of coz la terkejut besar kami semua bila diberitahu dah ada seller yang berani menjual Radiance Signature tiruan dengan harga yang jauh lebih rendah dari RM150 (Harga promosi Radiance Signature)
Bila ditanya pulak;
“Kenapa sis jual Radiance Signature ni RM180 padahal ada akak ni jual RM105 jeee”
Hadoi dik, bukan sengaja jual mahal ye, dah itu sememangnya harga promosi yang ditetapkan untuk penjualan harga Radiance Signature. Radiance Signature ni collagen bermutu dan berkualiti dan harga yang dijual adalah TETAP bagi semua agen-agen dan stokis-stokis berdaftar.
Jadi bila ada yang menjual Radiance Signature dengan harga yang murah, di bawah paras harga promosi, tak ke rasa pelik bin ajaib akan ketulenan collagen yang dijual tu?
Jadi beringat-ingatlah ye, walaupun yang palsu tu murah tapi kalau minum berkotak-kotak pun belum tentu dapat hasilnya, dan kita tak tahu dari mana asal-usul collagen tu, buat apa nak beli? Membazir je.
Sedangkan kualiti Radiance Signature yang asli sememangnya terjaga mutu dan hasil pembuatannya, kesan dah boleh nampak dalam 2-3 hari, berpuluh-puluh SATISFIED CUSTOMERS yang dah repeat orders sebab diorang semuanya berpuas hati dengan hasil dari pengambilan Radiance Signature ni. :)
Bagi yang ingin mencuba Radiance Signature, pastikanlah korang mencuba Radiance Signature yang ORIGINAL. Bukan apa, buang duit je kalau cuba yang palsu, dah sah-sah kesan dan effects nya tak sama, dan risau juga akan membawa mudarat sebab kita sendiri tak tahu dari mana asal-usul collagen tiruan tu.
Jadi di sini I nak mengingatkan kepada semua pembaca-pembaca tersayang supaya berhati-hati ketika membeli barangan online ni ye, terlalu banyak seller yang mengambil kesempatan, kononnya menjual dengan harga runtuh tapi barangan yang dijual pulak tiruan dan mereka tidak berdaftar sebagai pengedar sah produk tu, haa kan bahaya kalau apa-apa jadi pada kesihatan korang akibat makan benda-benda palsu ni?
Kalau seller tu tak berdaftar, senang-senang je korang boleh ditipu dan barang yang di-order dan dah dibayar tu tak dihantar ke alamat korang. Kan leceh nak kena buat report polis ape semua sebab tertipu dengan penjual seller online yang tidak bertauliah ni?
Jadi JANGAN AMBIL RISIKO & jadilah pembeli yang bijak. I sendiri penggemar online shopping, tapi I cuma akan membeli dengan websites yang I percaya je. Bagi yang tiada nombor daftar ahli atau nombor pendaftaran perniagaan, memang I tak berani nak beli, alhamdulillah setakat ni belum pernah kena tipu dengan mana-mana penjual barangan online. :)

Bagi yang ingin mengenal pasti Radiance Signature tiruan dan yang original, mudah sahaja sebenarnya;


1.Hati-hati dengan penjualan produk Radiance Signature tiruan, ianya dijual dengan harga yang murah di bawah harga standard sebenar Radiance. (Harga promosi sebelum ini RM150 sekotak, tetapi kini harga promosi dah tamat yeee kembali ke harga asal iaitu RM180 sekotak).
2.Jadi mana-mana seller yang menjual Radiance Signature di bawah harga RM180, ianya bukanlah produk Radiance Signature yang asli kerana seller tu bukan pengedar sah yang mewakili pihak syarikat Radiance Signature Sdn Bhd.

PERHATIAN:
Mulai 23hb Februari 2014, harga promosi Radiance Signature telah tamat. *sobs sobs*
Kini Radiance Signature yang ORIGINAL hanya boleh didapati dengan harga Retail iaitu;
Sekotak RM180 (Semenanjung Malaysia)
Sekotak RM190 (Sabah & Sarawak)
Pastikan korang membeli Radiance Signature yang Original daripada pengedar (agent atau stokis) yang SAH sahaja, okayyyyyy ;)

No comments:

Post a Comment